Alhamdulillah, akhirnya ambo berjaya juga menghadiri Bengkel Penulisan Islam, setelah beberapa kali cubaan untuk menghadiri program sebegini terpaksa ditangguhkan kerana komitmen lain. Ada ketikanya kita perlu beri keutamaan kepada pembangunan diri sendiri, dan ketepikan perkara-perkara lain. Kalau diikutkan undangan, hari ini masih ada undangan. Merayakan sambutan Hari Raya Eidul Fitri selama sebulan bahkan kadangkala masuk ke bulan Zulkaedah sebenarnya merupakan amalan “Bid’aah” baru dalam masyarakat Melayu hari ini. Tiada pula kedengaran pejuang-pejuang anti Bid’aah melaungkan penentangan terhadap budaya sebegini.
Banyak yang dipelajari dari bengkel 2 hari ini, antaranya perbanyakkan membaca dan buat sasaran. Dan banyak lagi… Alhamdulillah, bersyukur kepada semua para guru-guru yang memberi tunjuk ajar selama dua hari itu.