RSS

Kafe Siber Pusat Judi Moden

25 Sep

Akhbar Kosmo melaporkan seperti berikut:

MELAKA – Sehari selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berang dengan kelemahan penguatkuasaan dalam membanteras kafe siber, empat pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah drastik.

Semalam, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majis Perbandaran Jasin memutuskan tidak akan mengeluarkan lagi lesen baharu kafe siber di kawasan masing-masing.

Keempat-empat PBT yang sama juga akan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kafe siber yang melanggar peraturan yang ditetapkan majlis. Sebanyak 266 kafe siber berlesen di negeri ini akan dipantau secara rapi bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kegiatan perjudian haram.

Sebelum itu, kira-kira 40 serbuan telah dilakukan dan lebih 300 set komputer termasuk unit pemproses pusat (CPU) yang dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian haram di kafe siber telah dirampas oleh keempat-empat PBT itu sejak dua minggu lalu.

Datuk Bandar Melaka, Datuk Zainal Abu berkata, sebanyak 161 lesen kafe siber diluluskan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun lesen baharu tidak akan dikeluarkan lagi selepas ini.“Kita kini lebih menumpukan pemantauan kegiatan kafe siber sedia ada selain membuat serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Zainal lagi, sejak awal bulan lalu, lebih 20 serbuan telah dilakukan dan sebanyak 28 premis kafe siber telah dikenakan tindakan termasuk merampas sebanyak 90 buah komputer dan sebanyak 88 unit CPU dipercayai digunakan bagi tujuan perjudian haram.

–> tamat petikan KOSMO

——

Beberapa persoalan di sini:

1. Masalah ini bukan sahaja di Melaka, tetapi di seluruh Malaysia, bahkan di Lembah Kelang pun fenomena sama juga turut melanda. Kafe siber sudah lama dikenalpasti menjadi pusat perjudian walaupun mungkin bukan semuanya. Namun malang sekali penguatkuasaan amat cukup lemah sehingga menyebabkan masyarakat tempatan mengesyaki di sana mungkin wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa. Masakan tidak, ada yang beroperasi bertahun-tahun tanpa lesen DBKL tanpa dikenakan sebarang tindakan.

2. Jika setiap kali kafe siber baru dibuka, maka kerja pemantauan perlu ditingkatkan, maka sudah tiba masanya kafe siber tidak dibenarkan beroperasi lagi atau dihadkan saja bilangannya. Kafe siber bukan seperti perniagaan lain kerana ianya jika disalahguna akan memberi kesan buruk terhadap anak-anak muda.

3. Sedih melihat ramai anak-anak muda Melayu yang mengunjungi kafe siber untuk berjudi. Lebih sedih lagi seperti di kawasan tempat saya di sekitar Taman Sri Rampai dan Wangsa Maju, seolah langsung tiada penguatkuasaan dibuat terhadap kafe siber pusat judi ini bahkan ada ketikanya saya dimaklumkan penguatkuasa sendiri yang masuk untuk berjudi. Moga-moga Allah selamatkan negara kita.

 
Leave a comment

Posted by on September 25, 2011 in Semasa

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.